Archive for March, 2011
Awas Ubat Tiruan Di Pasaran
Masalah produk tiruan telah sekian lama membelenggu pasaran dunia. Tidak kira apa jua produk, asalkan ia boleh mendatangkan keuntungan pasti akan dikeluarkan dalam bentuk tiruan. Dari segi barangan seperti pakaian ataupun cakera cetak rompak, ia hanya merugikan pihak pengeluar. Bagaimanapun, produk yang dimakan membawa ancaman besar kepada pengguna terutamanya jika ianya ubat yang diperlukan untuk merawat penyakit tertentu. Ubat tiruan menjadi sasaran sindiket pemalsuan berikutan untung besar yang mudah diperoleh dengan menjual ubat `rojak’ yang menyerupai ubat sebenar.
Diumpan dengan harga yang murah sedikit daripada ubat tulen, ramai pesakit yang terpedaya dan menerima padahnya apabila ubat itu tidak membantu, malahan mungkin memburukkan lagi keadaan. Pesakit dikira bernasib baik jika ubat tiruan yang diambil tidak memberikan sebarang kesan tetapi jika terdapat bahan beracun di dalamnya, kemungkinan besar keadaan pesakit menjadi semakin teruk sehinggakan boleh membawa maut. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 peratus ubat di pasaran merupakan ubat tiruan dengan anggaran nilai AS$22 bilion (RM73.66 bilion). Jumlah ini dijangka meningkat 13 peratus setiap tahun sehingga 2010 sehingga bernilai AS$75 bilion (RM251.11 bilion).
Di atas untung berbilion ringgit ini, pengeluar ubat tiruan terus berani menjalankan perusahaan haram mereka. Tambahan pula, mereka tidak terikat dengan undang-undang yang membawa hukuman berat seperti penjara atau hukuman gantung dan seringkali hanya perlu membayar sedikit denda jika tertangkap. Akhirnya, yang paling teruk teraniaya adalah pesakit sendiri yang cuba menjimatkan sedikit perbelanjaan rawatan.
* Buku panduan percuma
Dalam usaha meningkatkan pengetahuan umum tentang ubat tiruan, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. telah tampil menerbitkan sebuah buku panduan mengenai ubat tiruan. Menurut Pengarah Serantau keselamatan Global Pfizer Asia Pasifik, Dave Campbell, tujuan utama buku tersebut dihasilkan adalah supaya masyarakat setempat bebas daripada ancaman ubat tiruan dan hanya membeli ubat yang tulen. “Kebanjiran pasaran tempatan dengan ubat-ubat tiruan bukan hanya berlaku di tepi-tepi jalan malahan melalui kedai ubat yang sah dan juga Internet. “Pesakit dengan mudah dapat membeli ubat yang didakwa tulen tanpa mengetahui mereka tertipu membeli ubat tiruan yang mungkin mempunyai pelbagai kesan sampingan,” tegasnya. Oleh itu, katanya, buku ini dikeluarkan untuk membantu orang ramai membezakan dan mengelak daripada membeli ubat tiruan di samping melaporkan aktiviti penjualan ubat tiruan kepada pihak berkuasa.
Diterbitkan dalam tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Cina, buku panduan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan insiden masalah kesihatan akibat ubat tiruan dan membantu orang ramai membezakan yang tiruan dan tulen.
Melalui buku panduan ini, pengguna dapat mengenalpasti dan menjauhkan diri serta keluarga daripada ancaman ubat tiruan. Ditulis dalam format soal jawab yang mudah dan ringkas, ia memberikan maklumat asas dalam mengenali ubat tiruan serta ubat yang dicampur benda asing. Selain itu, maklumat mengenai kesan penggunaan ubat tiruan dan langkah berjaga-jaga menggunakan ubat tradisional serta maklumat tambahan lain turut disertakan. Buku panduan ubat tiruan ini boleh diperoleh dengan percuma di semua klinik dan farmasi. Orang ramai juga boleh mendapatkan satu salinan dengan menghantar e-mel ke malaysia_counterfeiting@pfizer.com.
Sumber ; Suratkhabar Utusan Malaysia, Bahagian Kesihatan, 17 Ogos 2008
Jenis Penyakit Yang Sering Dihidapi Lelaki
LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.
Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.
PENYAKIT JANTUNG
Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.
PUNCA PENYAKIT
- Kencing manis dan darah tinggi
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.
Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
- Keturunan
Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.
- Diet
Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.
- Alkohol
Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.
- Merokok
Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.
- Tidak aktif
Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.
Tanda-tanda penyakit :
- 1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
- 2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
- 3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah
Cara mencegahaya:
- 1. Lakukan senaman dengan teratur
- 2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
- 3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
- 4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
- 5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.
Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.
BARAH
Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.
PUNCA PENYAKIT
Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.
Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.
Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru
- Batuk yang tidak putus-putus
- Batuk yang disertai darah
- Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus
Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.
Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.
Rawatannya
Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.
Tanda-tanda penyakit Barah Darah:
- Demam yang berulang-ulang
- Seringkali berlaku pendarahan
- Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
- Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak
Tanda-tanda penyakit Barah Tekok
- Hidung sering berdarah
- Keupayaan pendengaran berkurangan
- Leher menjadi bengkak.
Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.
Rawatannya
Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan ngan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukin yang tidak dapat disembuhkan.
SERI DEWI & KELUARGA, JUN 1996, M/s 111-112
Kelebihan Sebagai Ahli HPA
- Keahlian HPA hanya RM30 seumur hidup.
- Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.
- Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus.
- Kepelbagaian jenis produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)
- Produk berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.
- Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan pendapatan 5 angka.
- Program ‘Perkongsian Ilmu Cemerlang’ (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.
- Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
- Ribuan stokis dan ratusan cawangan HPA di seluruh Malaysia.
- Tawaran 11 jenis ganjaran bonus lumayan melalui pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!
- Ahli boleh melabur dalam Koperasi HPA untuk mendapatkan keuntungan.
- HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.
- HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, insyaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.
- Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.
- Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.
- Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.